BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Friday 10 May 2013

Resepi Tosai

  

Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.


              Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
 
 
Bahannya
 
1. kacang uluntu- cari kat kedai india mesti ada
2. beras hancur
3. nasi sejuk sedikit.
4. garam
Kalau saya nak buat cepat, saya akan tambah skit yis biar cepat kembang.. hehhe..
Dah.. tu je.. bahannya...
5. Bawang Merah
6. Minyak 
 
 
Cara-caranya ialah :

1- Beras campur dengan kacang uluntu... basuh dan rendam.
     * Mesti rendam semalaman tau...
lagi satu tip. jangan mengada ngada nak pakai beras wangi ke.. atau beras yg masak kat umah yg berkualiti tu....
Tentu pasal yu tosai tak jadi ye.... pakai la beras hancur yg sebenarnya untuk tosai. 




2- Selepas semalaman... blander je bahan tu dgn satu sudu nasi dan garam secukup rasa. tambah yis satu sudu kecil. biarkan separuh hari. Sampai bahan tosai tersebut tu berbuih dan ringan. betul2 kembang tau...
 
 

 
3- Celup Bawang Dengan minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
 
4- Kacau2 adunan tadi,ambil lebih kura 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda,masak dengan api perlahan atau sederhana 
 
 
 



5-Akhirnya boleh dihidang dengan kuah kari atau chateney


Kawan2 lepas ni boleh la buat tosai kat umah tu,xpaya mengharapkan kat orang lain kan...kan..kan
sampai sini sahaja enti i buat kali ni,jumpa lagi...

0 comments: